Asean Eco-School Awards

ASEAN WORKING GROUP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION
(AWGEE)


Objektif kerjasama ini adalah:

  • Menyelaraskan program di kalangan ASEAN Member States (AMS) dan Rakan ASEAN (ASEAN Partners) untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar melalui program pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang berkesan. 
  • Meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dan bertindak balas kepada senario alam sekitar semasa dan situasi baru, dengan Komuniti ASEAN yang dinamik, mampan dan berdaya tahan yang secara proaktif akan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan secara global




ASEAN ECO-SHCOOL AWARD 

ASEAN Eco-Shool Award merupakan program yang dianjurkan oleh ASEAN Secretariat (ASEC) bagi memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah di kalangan ASEAN Member States (AMS) yang telah dianugerahkan sebagai sekolah lestari di negara masing-masing. Anugerah ini juga dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penerima-penerima Anugerah Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)  Peringkat Kebangsaan akan dicalonkan sebagai wakil Malaysia untuk menerima ASEAN Eco-Schools Award. 

Penganugerahan ASEAN Eco-Schools Award lazimnya diadakan empat tahun sekali dan majlis penganugerahan akan diadakan bersekali dengan ASEAN Ministerial Meeting on Environment (AMME). 

Informasi mengenai program ini boleh dilayari melalui pautan ini: https://asean.org/.
Bil. Pelawat 7,990
Kemaskini : 21 November 2024
ATAS