Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Majlis Perasmian 21 Oktober 2024 Pulau Langkawi, Kedah
Tahniah diucapkan kepada SM St. Patrick, Tawau, Sabah dan SK
Bukit Mutiara, Johor Bahru, Johor di atas penganugerahan Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan Sesi 2023/2024 bagi kategori
sekolah menengah dan rendah.
Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00, piala,
baucer MR. DIY dan sijil. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah telah
mencemar duli menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima anugerah tersebut.
Majlis telah berlansung di Hotel Park Royal, Pulau Langkawi Kedah bersempena
sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan tahun 2024.
Terdahulu majlis penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
(SLAAS) Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2023/2024 bagi kategori sekolah
anugerah khas dan sekolah harapan telah diadakan pada 20 Oktober 2024 di
Dataran Cenang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Tahniah
diucapkan kepada SMK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan & SK Bukit Damansara,
W.P. Kuala Lumpur (Anugerah Pengurusan), SMK Pengkalan Lebai Man, Sg. Petani,
Kedah & SK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor (Anugerah Penghijauan),
SMK Pending, Kuching, Sarawak & SJKC Yuk Cheng, Kelantan (Anugerah
Kurikulum), SMK Telok Kerang, Pontian, Johor & SK Kg Tun Razak, Melaka (Anugerah
Kokurikulum), SM St. Anne, W.P. Labuan & SJKT Ringlet,Pahang (Anugerah
Elemen Khas), SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad, Gelugor, Pulau Pinang &
SK Chuah, Negeri Sembilan (Anugerah Kejayaan & Pengiktirafan) dan
anugerah Sekolah Harapan SMK Kajang Utama, Kajang, Selangor, SM St. Anne, W.P.
Labuan, SMK Tapu, Kuala Berang, Terengganu, SMK (F) Purun, Triang, Pahang, SMK Dato’
Sheikh Ahmad, Arau, Perlis, SMK Zon R1 Wangsa Maju, W.P Kuala Lumpur, SMK Iskandar
Shah, Parit, Perak, SMK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka, SMK Bukit Jalor, Gemencheh,
Negeri Sembilan, Sek. Jenis Keb.
(C) Tai Tong, Sandakan, Sabah, Sek. Keb. Santan, Kangar, Perlis, Sek. Jenis
Keb. (C) Pulau Betong, Balik Pulau,
Pulau Pinang, Sek. Keb. Parit, Parit, Perak, Sek. Keb. Tok Randok, Ajil, Terengganu,
Sek. Keb. Tanjong Pari, Baling, Kedah, Sek. Jenis Keb. (C) Min Daik, Bintagor,
Sarawak dan Sek. Keb. St
Anne, Labuan, W.P. Labuan. Hadaiah berupa plak, baucer MR. DIY dan sijil.
Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di
antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Institut
Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.
Program SLAAS adalah bersifat pembudayaan alam sekitar yang berterusan dan
bukan merupakan program yang berbentuk pertandingan. Pelaksanaan program ini di
sekolah-sekolah bukan sahaja melatih kemandirian murid malahan dapat membentuk
proses kemenjadian murid yang cintakan alam sekitar.
SLAAS adalah suatu usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan Dasar
Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai 8 prinsip dan 7 strategi hijau.
Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi
kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari,
selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
#HASN2024
#HariAlamSekitarNegara2024
#HariAlamSekitarNegara
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
# Kementerian Sumber Asli dan
Kelestarian Alam (NRES)
#JabatanAlamSekitar
#SekolahLestariAnugerahAlamSekitar
#SLAAS
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-