JAS melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah berjaya mendapat peruntukan dan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk membangunkan Sistem Aplikasi SLAAS. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah bagi memastikan pendaftaran, penilaian dan penyimpanan laporan/ data SLAAS yang lebih mudah dan
sistematik. Para peserta bengkel adalah terdiri daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat dan negeri. Penganjuran bengkel URS ini adalah sangat kritikal kerana input yang diberikan nanti akan digunakan oleh vendor dalam mengwujudkan rangka utama dalam pembangunan Sistem Aplikasi SLAAS. Bengkel telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik.