Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Majlis Perasmian 25 Oktober 2023 Langkawi, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Perasmian Hari Alam Negara (HASN) Peringkat Negeri Kedah 2023 bertempat di Langkawi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir Bin Haji Zakaria, AMK., BKM., Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air Dan Alam Sekitar. YB. Exco Alam Sekitar dalam ucapan perasmiannya memaklumkan objektif penganjuran sambutan HASN Peringkat Negeri Kedah 2023 ini adalah untuk:
Tema HASN pada kali ini adalah ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ yang dikekalkan sejak tahun 2016 lagi. YB. Exco Alam Sekitar juga menyeru kepada masyarakat umum, agar sama-sama mula mencegah daripada melakukan pembakaran terbuka iaitu membakar secara terus (pembaraan yang berlaku di udara bebas tanpa kawalan).
Selain itu, beliau juga mengajak semua masyarakat untuk mula mengasingkan e-waste seperti peti sejuk, mesin basuh, komputer, alat penghawa dingin serta telefon bimbit yang telah rosak dan membawanya ke Pusat Pengumpulan yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Maklumat berkaitan Pusat Pengumpulan tersebut boleh didapati daripada Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh JAS Negeri Kedah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Kedah.
Antara program tersebut termasuklah:
YB. Exco Alam Sekitar juga menyeru kepada semua agensi agar terus memberi fokus dengan mengadakan pelbagai program dalam usaha memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara khususnya kepada masyarakat umum dan juga pihak industri di Negeri Kedah ini.
Beliau memaklumkan bahawa kejayaan memulihara alam sekitar memerlukan kerjasama erat dan komitmen daripada semua lapisan masyarakat. Justeru, adalah menjadi harapan beliau dan khususnya Kerajaan Negeri Kedah supaya tumpuan yang berterusan diberi kepada usaha meningkatkan lagi pendidikan dan kesedaran orang ramai bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan lestari atau ‘sustainable development’.
Pihak industri yang merupakan pemangkin kepada kemajuan negara juga, perlu terlibat sepenuhnya dalam pemuliharaan alam sekitar supaya pembangunan adalah sejajar dengan kelestarian alam sekitar.
JAS Negeri Kedah sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran majlis tersebut.
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-