Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Lawatan 7 Disember 2023 Nibong Tebal, Pulau Pinang
5 DISEMBER 2023, NIBONG TEBAL - JAS Pulau Pinang telah dijemput sebagai panel penilai Program Anugerah Sekolah Hijau setiap tahun samada di peringkat bahagian ataupun negeri. Pertandingan Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah anjuran Penang Green Council (PGC) bersama MBPP, MBSP dan turut disertai Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Malaysia Nature Society dan Penang Institute.
Sebanyak empat (4) buah sekolah telah terpilih untuk dinilai di peringkat akhir untuk menentukan johan peringkat negeri kategori sekolah rendah dan menengah.
SK Bayan Baru dan SJKC Yok Eng telah terpilih untuk kategori sekolah rendah (akhir) manakala SMK Dato Haji Mohamed Nor Ahmad dan SMK Convent Butterworth tercalon bagi kategori sekolah menengah (akhir). Kesemua sekolah telah menunjukkan pencapaian dan komitmen yang baik dalam menerapkan elemen hijau di sekolah masing- masing termasuklah pencapaian di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Kesemua sekolah yang menyertai program ini turut dijemput menyertai Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) anjuran JAS.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-