Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah menganjurkan satu bengkel bagi pemurniaan garis panduan pelaksanaan dan penilaian
program SLAAS yang menghimpunkan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), pegawai JAS negeri dan ibupejabat.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Hj. Saedon Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, JAS. Pemurnian garis panduan ini adalah penting bagi memastikan garis panduan SLAAS yang telah digunakan sejak tahun 2005, mengadaptasi dengan konsep kelestarian yang semakin meluas. Selain itu, dengan wujudnya sistem MySLAAS yang telah pun go-live pada 4 Jun 2024 yang lalu, keperluan untuk menyemak semula garis panduan ini agar selari dengan sistem MySLAAS adalah perlu. Sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya semasa SLAAS sesi 2025/2026 akan datang.
Diharapkan dengan wujudnya sistem MySLAAS dan disokong dengan garis panduan yang baharu, ia akan menjadi pemudah cara kepada semua pemegang taruh yang terdiri daripada komuniti sekolah untuk terlibat aktif dalam SLAAS.