KOTA BHARU, 16 Januari 2023 – Majlis Apresiasi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2020/2022 negeri Kelantan telah diadakan di Grand Renai Hotel,
Kota Bharu. Majlis yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada awal Disember terpaksa ditunda ekoran banjir yang telah melanda negeri ini. Pada sesi 2020/2022, negeri Kelantan telah menerima penyertaan SLAAS yang amat menggalakkan dan sekaligus memberikan persaingan yang hebat antara sekolah-sekolah yang bertanding. Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Kelantan, YBrs. Encik Nai’m bin Ibrahim, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohamad Safuan bin Mohamed Sanuar, Ketua Bahagian Pembangunan JAS Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Noor Syuhadah binti Subki, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan, pengetua-pengetua, guru-guru besar dan guru-guru penasihat SLAAS sekolah-sekolah negeri Kelantan.
Bagi kategori sekolah rendah, pemenang keseluruhan peringkat negeri adalah SJKC Chung Hwa. SJKC Chung Hwa telah dianugerahkan Anugerah Khas Sekolah Harapan sesi 2020/2022 peringkat kebangsaan kategori sekolah kebangsaan. Bagi kategori sekolah menengah pula, pemenang keseluruhan peringkat negeri Kelantan adalah Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh telah telah dianugerahkan Anugerah Khas Pengurusan sesi 2020/2022 peringkat kebangsaan kategori menengah. Kedua-dua sekolah ini telah menerima hadiah peringkat negeri semasa majlis sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 peringkat negeri Kelantan yang telah berlangsung di Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng, Jeli, Kelantan pada 31 Oktober 2022 yang mana hadiah telah disampaikan oleh YB. Haji Tuan Saripuddin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Selain daripada itu, SLAAS negeri Kelantan juga telah memilih pemenang-pemenang bagi setiap elemen mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah sebagaimana berikut :
1)Kategori Sekolah Rendah
i. Elemen Pengurusan - Sekolah Kebangsaan Kadok
ii. Elemen Kurikulum - SJKC Yuk Cheng
iii. Elemen Kokurikulum - Sekolah Kebangsaan Chiku 3
iv. Elemen Penghijauan - Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3
v. Elemen Khas - SJKC Peir Chih
2)Kategori Sekolah Menengah
vi. Elemen Pengurusan - Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab
vii. Elemen Kurikulum - Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing
viii.Elemen Kokurikulum - Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan
ix. Elemen Penghijauan - Sekolah Menengah Kebangsaan Badak
x. Elemen Khas - Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas