Para peserta bengkel adalah terdiri daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat dan negeri. Penganjuran bengkel UAT ini adalah penting bagi membangunkan sistem mengikut kehendak spesifikasi pengguna meliputi guru-guru, panel penilai dan urusetia peringkat negeri dan kebangsaan. Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik.