Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan program bersama SK Bukit Mutiara di Johor Bahru yang merupakan pemenang Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2023/2024. Program bersama media ini merupakan program yang dirangka dalam menyebarluaskan maklumat berhubung fungsi dan peranan Jabatan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini yang
telah memasuki kitar kesembilan penganjurannya merupakan program yang dilaksanakan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Inisiatif berimpak tinggi ini bertujuan melatih murid untuk menghayati dan mengamalkan prinsip kelestarian alam sekitar dalam kehidupan harian mereka, di tengah-tengah kawasan bandar yang padat dengan penduduk seramai 2.5 juta orang.