TERKINI
Portal dan sistem MySLAAS boleh diakses (Go Live) bermula
04 JUN 2024.
Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai lapan (8) prinsip dan tujuh (7) strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) SDG 2030.
Tujuan penubuhan Kelab Alam Sekitar Sekolah (KASS) adalah untuk membantu sekolah memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang telah sedia ada. Melalui KASS ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan secara langsung dalam kalangan guru dan secara tidak langsung bersama komuniti setempat. Hal ini adalah dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar melalui kurikulum dan kokurikulum. Ianya juga akan bertindak sebagai satu platform untuk sesebuah sekolah dalam menyertai Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Bagi menyokong penubuhan KASS ini, Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah menerbitkan buku Modul Kelab Alam Sekitar Sekolah agar dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada warga sekolah.
Buku Modul Kelab Alam Sekitar Sekolah ini boleh dimuat turun melalui pautan ini; https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/modul-kelab-alam-sekitar-sekolah/
PERLIS
TERENGGANU
SABAH
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-