BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023
   23.08.2023

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah bersama-sama Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama SK Air Merah, Kulim telah menganjurkan Bengkel Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Kedah 2023.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan dan mempromosi SLAAS kepada guru-guru di Negeri Kedah dan menggalakkan serta meningkatkan penyertaan sekolah-sekolah di Negeri Kedah dalam program SLAAS.

Untuk makluman semua, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada 21 Oktober setiap tahun. Sambutan HASN ini adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

Tema sambutan HASN tahun ini masih dikekalkan seperti tahun sebelum ini iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru daripada 24 buah sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Kedah.

Bengkel ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Puan Suzzana binti Md Saad, Guru Besar SK Air Merah diikuti dengan ceramah Pengenalan SLAAS oleh Puan Norafiza binti Halim daripada JAS Cawangan Langkawi, diikuti ceramah bertajuk SLAAS Dalam Aspek Kurikulum dan Kokurikulum oleh Encik Anuar Bin Yusuf daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu dan ceramah terakhir bertajuk  Pelaksanaan dan Perkongsian Pengalaman SK Air Merah oleh Cikgu Soo Kwon Kieow.

Perasmian Penutup telah diluncurkan oleh Ts. Mohd Rosiskada bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pembangunan JAS Negeri Kedah.

Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada Guru Besar SK Air Merah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk bengkel SLAAS ini. Tidak ketinggalan kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu yang mewakili pihak JPN Kedah di atas sokongan dan kerjasama padu dengan membenarkan guru-guru seluruh Negeri Kedah hadir bagi menjayakan bengkel SLAAS pada kali ini.  

Bil. Pelawat 3,051
Kemaskini : 2 Julai 2024
ATAS