BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
   12.10.2023

Program SLAAS telah memasuki kitar kesembilan bagi sesi 2023/2024 ini. Tahun 2023 merupakan tahun promosi bagi program SLAAS manakala penilaian dan penganugerahan akan dilaksanakan pada tahun 2024. 

Sehubungan dengan itu, bengkel bagi mempromosikan SLAAS Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Summit 2 Private School, Seremban 2, Negeri Sembilan.  Bengkel ini telah dihadiri seramai 60 orang guru daripada sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan. 

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan dan khususnya guru-guru di Negeri Sembilan yang telah hadir menjayakan bengkel SLAAS pada kali ini. 

Bil. Pelawat 3,051
Kemaskini : 2 Julai 2024
ATAS