BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) KE MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION (MGTC)
   22.04.2024
Puan Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JAS telah mengetuai rombongan kunjungan hormat ke pejabat Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di Bangi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ts. Shamsul Bahar bin Mohd. Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, MGTC dan turut disertai oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, JAS dan pegawai-pegawai JAS serta pegawai MGTC.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membincangkan kolaborasi yang boleh dilaksanakan oleh JAS dan MGTC dalam memantapkan lagi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Kerjasama erat diantara agensi-agensi ini diharapkan dapat menyebar luaskan lagi program SLAAS ini ke arah pengamalan gaya hidup yang lestari dan kemenjadian murid.
Bil. Pelawat 12,260
Kemaskini : 14 Mac 2025
ATAS