BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
TAKLIMAT BENGKEL SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) DAN ANUGERAH SLAAS PERINGKAT NEGERI W.P. LABUAN 2023/2024 SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024.
   15.10.2024
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) ingin mengucapkan Tahniah kepada SMK St Anne dan SMK Mutiara W.P. Labuan kerana menjadi pemenang SLAAS pada Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan 2023/2024 kategori Sekolah Menengah. Manakala bagi Kategori Sekolah Rendah pula dimenangi oleh SK St Anne dan SK Bukit Kalam W.P.Labuan.
Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K, MY-CISEC, Pengarah JASWPL telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Bilik Seminar Refflesia, Ujana Kewangan W.P. Labuan.
Selain dari itu, taklimat dan bengkel SLAAS telah disampaikan oleh PK Nurul Asikin Bin Yusof @ Daud. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam dalam persekitaran sekolah, rumah, bersama komuniti setempat, masyarakat umum dan akhirnya pada peringkat negara.
Bil. Pelawat 11,037
Kemaskini : 12 Februari 2025
ATAS