BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
MAJLIS PENGANUGERAHAN ANUGERAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023/2024 BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024
   21.10.2024

PULAU LANGKAWI, 20-21 OKTOBER 2024-Tahniah diucapkan kepada SM St. Patrick, Tawau, Sabah dan SK Bukit Mutiara, Johor Bahru, Johor di atas penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan Sesi 2023/2024 bagi kategori sekolah menengah dan rendah.

Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00, piala, baucer MR. DIY dan sijil. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah telah mencemar duli menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Majlis telah berlansung di Hotel Park Royal, Pulau Langkawi Kedah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan tahun 2024.

Terdahulu majlis penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2023/2024 bagi kategori sekolah anugerah khas dan sekolah harapan telah diadakan pada 20 Oktober 2024 di Dataran Cenang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Tahniah diucapkan kepada SMK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan & SK Bukit Damansara, W.P. Kuala Lumpur (Anugerah Pengurusan), SMK Pengkalan Lebai Man, Sg. Petani, Kedah & SK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor (Anugerah Penghijauan), SMK Pending, Kuching, Sarawak & SJKC Yuk Cheng, Kelantan (Anugerah Kurikulum), SMK Telok Kerang, Pontian, Johor & SK Kg Tun Razak, Melaka (Anugerah Kokurikulum), SM St. Anne, W.P. Labuan & SJKT Ringlet,Pahang (Anugerah Elemen Khas), SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad, Gelugor, Pulau Pinang & SK Chuah, Negeri Sembilan (Anugerah Kejayaan & Pengiktirafan) dan anugerah Sekolah Harapan  SMK Kajang Utama, Kajang, Selangor, SM St. Anne, W.P. Labuan, SMK Tapu, Kuala Berang, Terengganu, SMK (F) Purun, Triang, Pahang, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis, SMK Zon R1 Wangsa Maju, W.P Kuala Lumpur, SMK Iskandar Shah, Parit, Perak, SMK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka, SMK Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan, Sek. Jenis Keb. (C) Tai Tong, Sandakan, Sabah, Sek. Keb. Santan, Kangar, Perlis, Sek. Jenis Keb. (C)  Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sek. Keb. Parit, Parit, Perak, Sek. Keb. Tok Randok, Ajil, Terengganu, Sek. Keb. Tanjong Pari, Baling, Kedah, Sek. Jenis Keb. (C) Min Daik, Bintagor, Sarawak dan Sek. Keb. St Anne, Labuan, W.P. Labuan. Hadaiah berupa plak, baucer MR. DIY dan sijil.

Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.

Program SLAAS adalah bersifat pembudayaan alam sekitar yang berterusan dan bukan merupakan program yang berbentuk pertandingan. Pelaksanaan program ini di sekolah-sekolah bukan sahaja melatih kemandirian murid malahan dapat membentuk proses kemenjadian murid yang cintakan alam sekitar.

SLAAS adalah suatu usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai 8 prinsip dan 7 strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

 

#HASN2024  

#HariAlamSekitarNegara2024

#HariAlamSekitarNegara

#AlamSekitarTanggungjawabBersama

# Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

#JabatanAlamSekitar

#SekolahLestariAnugerahAlamSekitar

#SLAAS

Bil. Pelawat 11,037
Kemaskini : 12 Februari 2025
ATAS