MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2023/2024 PERINGKAT NEGERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024
26.10.2024
Majlis Penganugerahan ini telah diadakan di SM St Patrick Tawau, iaitu sekolah pemenang SLAAS Peringkat Negeri dan juga pemenang SLAAS Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2023/2024
Majlis ini menyaksikan penerimaan

Anugerah Guru Penyelaras SLAAS seramai 19 guru

Anugerah Kurikulum, Anugerah Laporan & Anugerah Video Terbaik serta Anugerah Elemen Khas

Anugerah Guru Besar SLAAS

Johan, Naib Johan, Tempat 3-5 serta Saguhati SLAAS Sesi 2023/2024
Majlis juga diserikan dengan Eco Tour School, Pameran, Perkongsian oleh SM St Patrick Tawau serta persembahan alam sekitar
Majlis yang dihadiri oleh 400 jemputan ini telah disempurnakan oleh YB (PA) Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JAS Sabah sebagai penganjur, Rakan Strategik KPOC dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.