BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
PEMBUDAYAAN GENERASI LESTARI SEBAGAI SATU BUDAYA HIDUP DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA, JOHOR BAHRU
   05.11.2024
Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan program bersama SK Bukit Mutiara di Johor Bahru yang merupakan pemenang Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2023/2024. Program bersama media ini merupakan program yang dirangka dalam menyebarluaskan maklumat berhubung fungsi dan peranan Jabatan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini yang telah memasuki kitar kesembilan penganjurannya merupakan program yang dilaksanakan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Inisiatif berimpak tinggi ini bertujuan melatih murid untuk menghayati dan mengamalkan prinsip kelestarian alam sekitar dalam kehidupan harian mereka, di tengah-tengah kawasan bandar yang padat dengan penduduk seramai 2.5 juta orang.
Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, “Kejayaan program ini mencerminkan komitmen jitu semua pihak dalam membudayakan kecintaan terhadap alam sekitar dan pendidikan.” Program ini juga menyaksikan peningkatan kehadiran murid ke sekolah kepada 95% serta peningkatan hampir enam peratus dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) bagi tempoh tiga tahun terakhir di SK Bukit Mutiara”.
Program yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Hajah Azuri Azizah Haji Saedon Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Dr Mohd Famey bin Yusoff Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Puan Noor Huda binti Hamid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara serta seluruh warga SK Bukit Mutiara. Jabatan Alam Sekitar kekal komited dalam usaha penambahbaikan berterusan terhadap fungsi dan peranan mereka. Keutamaan ini diambil untuk memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan terus memenuhi jangkaan orang awam, kerana menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
Bil. Pelawat 11,037
Kemaskini : 12 Februari 2025
ATAS