BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL PROMOSI DAN LIBAT URUS SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) BERSAMA JAS NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
   24.07.2023

24- 25 Julai 2023, Kuala Terengganu- Program SLAAS telah memasuki kitar kesembilan bagi sesi 2023/2024 ini. Tahun 2023 merupakan tahun promosi bagi program SLAAS manakala penilaian dan penganugerahan akan dilaksanakan pada tahun 2024. SLAAS yang mengadaptasi pembudayaan alam sekitar secara praktikal dan lapangan oleh komuniti sekolah ini telah berjaya menarik sebanyak 1406 penyertaan sekolah seluruh Malaysia sejak diwujudkan. Terdapat lima (5) komponen di dalam pelaksanaannya iaitu komponen pengurusan, kokurikulum, kurikulum, penghijauan dan elemen khas. 

Bengkel promosi dan libat urus pada kali ini menghimpunkan 80 pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan beberapa orang guru dari seluruh Negara. Bengkel dirasmikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Bahagian Komunikasi Strategik, JAS Ibu Pejabat yang turut dihadiri oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Negeri Terengganu.

Jabatan Alam Sekitar berharap pegawai-pegawai yang hadir dalam bengkel kali ini dapat bertindak sebagai agen JAS bagi menyebarkan informasi SLAAS ini ke daerah dan negeri masing-masing.

Bil. Pelawat 7,996
Kemaskini : 21 November 2024
ATAS