BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL UJIAN AKHIR PENERIMAAN (FAT) BAGI PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
   19.03.2024
JAS melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah berjaya mendapat peruntukan dan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk membangunkan Sistem Aplikasi SLAAS. Pembangunan bagi sistem telah memasuki fasa akhir pembangunan. Bengkel ini diadakan bagi mengesahkan penerimaan skop yang telah dipersetujui untuk projek serta untuk memastikan keperluan dan kehendak pemegang taruh dipenuhi.
Diharapkan dengan wujudnya Sistem Aplikasi SLAAS ini, pendaftaran, penilaian dan penyimpanan laporan/ data SLAAS akan lebih mudah, sistematik dan seterusnya dapat meningkatkan bilangan penyertaan sekolah. Para peserta Bengkel (Final Acceptance Test,FAT) adalah terdiri daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai daripada JAS Ibupejabat dan JAS negeri.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280×768 piksel.
Bil. Pelawat 18,031
Kemaskini : 5 Jun 2025
ATAS