MAJLIS PENGANUGERAHAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2023/2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2024
04.09.2024
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Sesi 2023/2024 sempena Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2024.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs Puan Sharifah
Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah. Turut hadir adalah Haji Kamal bin Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar, guru-guru dan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Sebanyak 30 buah sekolah telah menyertai Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Al-Farabi, Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Alor Setar. Dalam majlis tersebut, YBrs Puan Pengarah JAS Kedah telah menyampaikan anugerah kepada pemenang seperti berikut:
Kategori Sekolah Rendah:
Johan: SK Tanjung Pari, Baling
Naib Johan: SK Tiak, Baling
Tempat Ketiga: SK Ayer Puteh, Pendang.
Kategori Sekolah Menengah
Johan: SMK Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada sekolah yang berjaya merangkul Anugerah Lestari Peringkat Negeri Kedah Sesi 2023/2024. Semoga pemenang berjaya menjadi Johan Anugerah Lestari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada 21 Oktober 2024 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2024.