TINJAUAN TAPAK BAGI TUJUAN RAKAMAN PROGRAM TV: MARHALAH 2.0 TERBITAN ASTRO DI SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH, KULIM, KEDAH (PENERIMA ANUGERAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT KEBANGSAAN SESI 2020-2022)
25.03.2024
JAS melalui Bahagian Komunikasi Strategik bersama-sama pihak produksi K&S Vision Sdn. Bhd. iaitu pihak vendor yang dilantik oleh Astro telah melakukan tinjauan tapak bagi tujuan rakaman program Marhalah 2.0.
Program Marhalah 2.0 adalah sebuah tv program berbentuk majalah yang memaparkan perjalanan seorang hamba Allah mencari ilmu dan berkonsepkan semi dokumentari. Sekolah Kebangsaan Air Merah telah dipilih sebagai subjek bagi episod Sekolah Lestari. Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kedah merupakan Penerima Anugerah Sekolah Lestari Kategori Sekolah Kebangsaan bagi Sesi 2020-2022.
Lawatan tapak ini turut disertai oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Kulim, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah, JAS Ibu pejabat dan pihak produksi K&S Vision Sdn. Bhd.
Penerbitan program ini diharap dapat mempromosikan lagi program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) ke serata Malaysia malahan dunia. Program ini dijangka akan ditayangkan pada bulan September 2024. Sama-sama kita nantikan!