BENGKEL/TAKLIMAT PEMANTAPAN PENYEDIAAN LAPORAN BAGI PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2023/2024 UNTUK SEKOLAH -SEKOLAH NEGERI KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024
27.03.2024
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mengadakan suatu Bengkel/Taklimat Pemantapan Penyediaan Laporan SLAAS Sesi 2023/2024 Untuk Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan Sempena Sambutan Hari Bumi 2024
yang bertempat di Auditorium Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan. Bengkel ini telah disempurnakan perasmian oleh YBrs Encik Wan Aminordin bin Wan Kamaruddin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan adalah Encik Kamal Ruzaman bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Puan Norhafiza binti Hanapi, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Bengkel yang telah berjaya menyuntik semangat guru-guru dalam menyiapkan laporan SLAAS ini disertai oleh 59 orang guru-guru dari seluruh negeri Kelantan.