BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI KEDAH
   05.10.2022

Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Akuatik Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah. 

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah turut hadiri oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah selaku rakan strategik serta semua pengetua serta guru besar sekolah yang menyertai program SLAAS sesi 2020 hingga 2022. 

Pada sesi 2020 hingga 2022 kali ini, sebanyak 10 buah sekolah rendah dan 8 buah  sekolah menengah dari Negeri Kedah telah menyertai Program SLAAS ini.

Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bagi kategori sekolah rendah dianugerahkan kepada SK Air Merah, Kulim manakala kategori sekolah menengah disandang oleh SMK Tobiar, Pendang. 

Penerima anugerah membawa pulang masing-masing wang tunai berjumlah RM2,000.00 + RM300, sebuah plak dan sijil pencapaian.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai SLAAS.

Kedua-dua sekolah tersebut didoakan semoga berjaya dalam penyertaan SLAAS di peringkat kebangsaan yang mewakili Negeri Kedah.

Bil. Pelawat 3,350
Kemaskini : 6 Julai 2024
ATAS