BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) BAGI PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
   03.10.2023
JAS melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah berjaya mendapat peruntukan dan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk membangunkan Sistem Aplikasi SLAAS. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah bagi memastikan pendaftaran, penilaian dan penyimpanan laporan/ data SLAAS yang lebih mudah dan sistematik.
Para peserta bengkel adalah terdiri daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat dan negeri. Penganjuran bengkel UAT ini adalah penting bagi membangunkan sistem mengikut kehendak spesifikasi pengguna meliputi guru-guru, panel penilai dan urusetia peringkat negeri dan kebangsaan. Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik.
Bil. Pelawat 12,260
Kemaskini : 14 Mac 2025
ATAS