BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
Bengkel Panel Penilai SLAAS Sesi 2023/2024
   21.03.2024
JAS melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah menganjurkan Bengkel Panel Penilai SLAAS Sesi 2023/2024 bagi memberi latihan kepada panel-panel penilai negeri dan kebangsaan yang telah dilantik. Peserta bengkel merupakan pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.
Penyertaan Program SLAAS sesi 2023/2024 bakal melabuhkan tirainya pada 30 April 2024. Setelah itu, proses penilaian di peringkat negeri akan bermula. Penerima Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan akan diumumkan semasa Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada 21 Oktober ini.
Bengkel yang telah disertai oleh 60 orang panel-panel penilai yang bijaksana dari seluruh Malaysia, termasuk urusetia ini telah dirasmikan oleh Puan Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JAS.
Bil. Pelawat 12,260
Kemaskini : 14 Mac 2025
ATAS