BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
PENILAIAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2024
   02.07.2024
Penilaian akhir lawatan tapak bagi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 20 Jun 2024 dan berakhir pada 2 Julai 2024 melibatkan beberapa sekolah yang terpilih melalui penilaian awal dokumen dan video.
Penilaian ini turut disertai wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MSM Prai Berhad dan JAS Pulau Pinang. Sebanyak 25 penyertaan dari sekolah - sekolah di Pulau Pinang telah diterima dan seterusnya dinilai untuk dipilih sebagai penerima anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Objektif Program SLAAS ini bukan hanya sekadar pertandingan semata - mata tetapi melihat kepada aspek kelestarian alam sekitar itu diterap dan digarap dengan baik secara berterusan oleh sekolah samada melalui pembelajaran dalam kelas mahupun luar bilik darjah yang melibatkan seluruh komuniti sekolah dan jalinan kerjasama bersama pihak luar. Komitmen yang tinggi dalam merealisasikan pembentukan sekolah lestari ini memberi saingan yang cukup sengit terhadap sekolah - sekolah yang bertanding.
JAS Pulau Pinang mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua sekolah di Pulau Pinang yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengambil bahagian dengan jayanya dalam program SLAAS bagi sesi 2023/2024 ini.
Bil. Pelawat 12,260
Kemaskini : 14 Mac 2025
ATAS